Rabu, 06 Februari 2013

3 CIRI KEBENARAN CINTA

AHLI HIKMAH BERKATA ,
Bahawa kebenaran cinta terdapat dalam tiga perkara :
  1. Akan memilih perkataan dari yang dicintai lebih dari perkataan orang lain. ( Kita akan mengutamakan Firman Allah SWT melebihi kata-kata manusia kecuali Sabda Rasulullah SAW).
  2. Akan memilih kedudukan bersama orang yang dicintai daripada duduk bersama dengan orang lain. ( Kita akan mencari peluang untuk bersama Allah SWT daripada bersahabat dengan musuh Allah SWT ).
  3. Akan memilih keredhaan  orang yang dicintai daripada memilih keredhaan orang lain. ( Kita akan sentiasa mencari keredhaan Allah melebihi keredhaan makhluk ).
Begitulah kebenaran dan keutamaan yang kita persembahkan kepada Allah sebagai bukti kita hanya akan mendahulukan Allah Azzawajal dalam semua aspek.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar